TEMPAT-TEMPAT MENARIK:Taman Negara



Taman Negara yang merupakan hutan hujan tropika yang terbesar dan tertua di dunia merupakan salah satu tumpuan utama pelancong di dalam mahupun pelancong dari luar negara. Di sini turut kaya dengan pelbagai bentuk gua-gua batu kapur. Antaranya ialah Gua Telinga dan Gua Kepayang Besar. Para pelancong juga boleh melihat pelbagi jenis dan spesis binatang dan tumbuhan melalui Bumbum Tebing dan Bumbum Blau. Bagi memenuhi keselesaan pengunjung yang mengunjungi kawasan ini, pihak Taman Negara telah menyediakan beberapa kemudahan dan antaranya ialah chalet, tapak perkhemahan, bangku rehat, tandas awam, restoran, kedai cenderamata dan sebagainya. Selain itu bekalan air, elektrik dan telekomunikasi juga disediakan.

Taman Negara Kuala Tahan merupakan taman yang terbesar di negara kita dengan keluasan 4,343 km persegi yang menyimpan khazanah negara yang kaya dengan fauna dan flora. Semua hidupan liar dan tumbuhan tidak boleh diganggu bagi memastikan keindahan alam semulajadi yang asli dapat dikekalkan agar tidak pupus dan tidak musnah. Para pengunjung juga boleh melihat keindahan alam semulajadi melalui ‘Canopy Walkway' iaitu sebuah jambatan yang dibina daripada tali, jaring, kayu dan kabel setinggi 25 meter dari paras tanah dan panjang lebih kurang 400 meter. Pengunjung-pengunjung ke Taman Negara ini biasanya akan tinggal dua hingga empat hari bergantung kepada aktiviti yang dipilih.


Pekan Kuala Tembeling adalah pintu masuk ke Taman Negara Kuala Tahan bagi pelancong yang memilih perjalanan melalui sungai. Di Pekan Kuala Tembelinglah, Sungai Jelai dan Sungai Tembeling bercantum membentuk sebuah kuala dan bermulanya Sungai Pahang. Kuala Tembeling terletak sejauh 16 km dari bandar Jerantut. Sebuah terminal baru sedang dibina bagi menggantikan jeti yang sedia ada. Melalui jeti ini pengunjung-pengunjung ke Taman Negara akan melalui jalan sungai sejauh 59 km dengan menaiki bot yang memakan masa selama lebih kurang tiga jam perjalanan. Pengunjung-pengunjung juga boleh menggunakan jalan darat melalui Felda Padang Piol dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda terus ke Kuala Tahan dengan perjalanan lebih kurang satu jam.
Jalan air
● Menggunakan jalan air iaitu dengan menaiki bot
● Jarak perjalanan mengambil masa 3 jam
● Pengunjung boleh menaiki bas atau teksi menuju ke Jeti Kuala Tembeling. Dari sini pengunjung boleh menaiki bot terus sampai ke Kuala Tahan memudik / melawan arus Sg. Tembeling dan akan melalui beberapa perkampungan seperi Pasir Tambang, Pasir Durian, Jeram Ampai, Kg. Chebong, Kg. Labu, Kg. Merting, Kg. Gol, Kg. Sg. Tiang, Kg. Padang, Kg. Tekah dan Kg. Belebar

Aktiviti-aktiviti di Taman Negara
Bagi aktiviti mendaki Gunung Tahan, perjalanan turun/naik memakan masa selama sembilan hari. Manakala bagi peminat aktiviti memancing ikan, Sungai Keniam adalah tempat yang paling digemari. Terdapat dua buah gua dalam kawasan taman ini iaitu Gua Daun Menari di Kuala Keniam dan Gua Telinga (gua batu kapur yang terbentuk oleh aliran sungai). Pengurusan Taman Negara, iaitu Taman Negara Resort turut menyediakan kemudahan penginapan kepada para pengunjung. Terdapat 117 buah bilik (termasuk challet), sebuah asrama yang memuatkan 64 pengunjung dalam satu masa dan ‘visitor lodge’ di Kuala Terenggan dan Kuala Kenyam. Disamping itu, terdapat juga kawasan perkemahan, iaitu di KualaTahan dan Kuala Keniam. Khemah dan kelengkapan boleh disewa dari pengurusan taman. Kemudahan mengadakan seminar, kursus dan lain-lain upacara turut terdapat di Dewan Bayan Nuri yang menyediakan kemudahan terkini dan boleh memuatkan 300 orang peserta.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

DI SAAT SURVIVAL



Bermulalah perjalanan kami sebagai seorang survival pada jam lebih kurang 1800.Saya dan kumpulan saya dilepaskan di tapak yang kami sendiri pilih. Nasib baiklah bukannya tapak babi hutan yang digembar gemburkan oleh senior-senior yang terdahulu..keadaan tapak bersebelahan dengan tasik, agak kemas jugak la..ianya akan memudahkan urusan kami seterusnya. Lupa pulak nak ‘mention’ ahli-ahli kumpulan saya. Kami terdiri daripada saya sendiri,hafiz,suffian ataupun pian dan juga satu-satunya bunga dalam kumpulan kami iaitu noi…hehehe

Tanpa melengahkan masa lagi dengan berbekalkan sebilah parang yang tumpul, saya dan rakan kumpulan yang lain mencari kayu api di sekitar kawasan kami yang dibenarkan sahaja. Itu adalah paling penting di dalam kerana kami harus menghidupkan api sebelum hari gelap. Memandangkan masa pun sudah suntuk, kami tidak mempunyai banyak masa untuk menghidupkan unggun api. Ponco yang diberi saya membuat tempat berehat ataupun perlindungan kami untuk kami berteduh sepanjang aktiviti ini. Akhirnya api Berjaya dihidupkan sebelum pukul 1900 petang. Hanya berbekalkan 3 batang mancis sahaja kami Berjaya manfaatkannya…syukur alhamdullillah.


Waktu pun mula berlalu, tiap minit pada ketika itu bagaikan berjam-jam begitu lamanya. Mulalah teringat ank isteri kat rumah..perasaan pula bertambah sayu. Rasanya bertuah sangat mempunyai kehidupan yang bagus , lebih baik di luar sana. Ini semua menginsafkan diri saya sendiri dan juga memikirkan ada waktu ketika kita tidak hanya akan hidup senang sahaja. Saya rasa bertuah jugak sekurang-kurangnya saya dapat merasai dan mempunyai pengalaman sebegini. Pada jam 2100 saya dan ahli kumpulan yang lain mula berasa sangat haus dan lapar.Pada ketika itu saya dan rakan yang lain baru perasan bahawa ada barang yang kami ‘deal’ ketika acara jual beli tidak dapat.Ini menambah lagi dugaan kami satu kumpulan. Air yang 1 liter tadi mula berkurangan. Kami tidak dapat menahan untuk jimatkan air tersebut. Akhirnya keputusan dibuat kami memasak air tasik tersebut untuk minum. Sedih tu…inilah dikatakan ‘Survival’.

Kami bergilir-gilir menjaga tapak kami dan juga telah diberi password sekiranya ada penceroboh ataupun tetamu yang datang..cewah..hehehe. Kami jugak tidak dibekalkan lampu suluh sepanjang aktiviti tersebut. Lagi menyukarkan kami untuk mencari kayu api tambahan dan juga menyukarkan untuk kami buang air. Secara tidak langsung pada malam tersebut kami semua bersembang dan dalam sedar tak sedar sebenarnya membuatkan kami lebih mengenali sesame kami antara satu sama lain. Banyak maksud-maksud yang tersirat terkandung dalam aktiviti survival ini.

Setelah berjam-jam menunggu sampai lah keesokan paginya, dengan keadaan yang sangat haus dan lapar akhirnya kami dijemput ataupun dikutup oleh tenaga pengajar menandakan aktiviti survival sudah di penghujunnya. Siapa tak lega..terutama sekali suffian la.kerana dari malam sebelum tu lagi dia asyik nk jerit ‘SOS’…hehehe..begitulah kisahnya dan sedikit pengalam yang sudah dikomgsi. Semoga kepada sesiapa yang belum merasai aktiviti ini sedikit sebanyak perkongsian ini dapat membantu anda. Secara jujurnya banyak benda yang mengajar kita kepada yang lebih ‘Positif’. Sekurang-kurangnya saya dapat merasai pengalaman yang amat-amat bernilai sekali….

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

PERJALANAN & PERASAAN SURVIVAL…



Pada hari kedua iaitu jam 1600, bermulalah saat-saat yang saya nanti-nantikan iaitu aktiviti survival. Bukannya apa, saya Cuma hanya nak tahu ataupun dengan lebih tepat sekali merasai pengamalan yang paling bernilai saya rasa daripada kebanyakkan-kebanyakkan aktiviti. Bak kata senior-senior sebelum ini macam-macam daripada pengalaman-pengalaman lampau yang telah berlaku pada aktiviti ini. Baik ada buruk pun ada. Yang pastinya cerita-cerita tersebut dan juga dari pembacaan dari blog-blog senior yang telah menempuh aktiviti ini pastinya sedikit sebanyak merisaukan saya dan jugak rakan-rakan saya…suspend tu…

Kami semua diarahkan di dalam satu taklimat ringkas untuk tidak membawa sebarang alatan-alatan yang tidak dibenarkan iaitu sepertu baju lebih, lampu suluh, makanan, mancis. Kecuali pakaian sepasang itupun yang sedang dipakai pada waktu itu, topi, dan berkasut..itu sahaja. Maknanya sehelai sepinggang je la…pulau yang diberitakan lebih kurang 800 hingga 1000 meter jauhnya dari tapak perkhemahan kami. Kena menaiki bot la maknanya.seperti biasa kami semua memakai ‘PFD’ dan menaiki bot untuk ke destinasi.
Lebih kurang 100 meter nak sampai kami sekali lagi disuruh turun dari bot dan berenang ke jeti tapak survival kami. Saya apa lagi, tanpa bercakap banyak turus turun dari bot dengan pantasnya.Boleh bayangkan keadaan saya dan kawan saya masing basah kuyup, dengan kasut pun basah dengan arahan tidak boleh buka kasut langsung ataupun baju sepanjang menjalani aktiviti tersebut…hebat kan..kadang-kadang rasanya macam survival dalam tv tu…huhuhu

Kami diarah berkumpul dalam kumpulan yang telah dibahagikan pada awal aktiviti lagi. Tenaga pengajar memberi sedikit taklimat terakhir tentang tata tertib yang perlu di jaga, syarat-syarat yang perlu diikut dan pda akhir taklimat berlangsungnya acara jual beli. Kami dipaksa mengguna akal kami tentang barang2 yang penting yang akan dipilih oleh kami dalam kuantiti yang terhad.Kumpulan saya memilih uncang teh, gula, mancis, cawan, dan pinggan.kami hanya dibekalkan 1liter botol air bersih dan 1liter botol air tasik yang akan dikongsi seramai 4 orang dalam kumpulan kami dan akan digunakan dari pukul 1800 hingga keesokan pagi.kami tidak diberitahu pukul berapa mereka akan ambil kami dari tapak survival kami. Itu lagi membuat kami berasa sedikit cuak dan bertanya-tanya.saya anggap ini semua adalah dugaan yang bakal dan harus saya tempuhi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments


DI KALA PETANG

Setelah lebih kurang 6 jam dalam perjalanan, akhirnya tiba juga ke destinasi yang ingin ditujui..huhuhu..perasaan macam tu lah..seronok ada,gementar pun ada. Kami semua diarah berjalan ke jeti kerana dikhabarkan bas tak boleh masuk ke dalam. Memang jalan sempit pun. Saya dan rakan-rakan mula berjalan ke jeti. Nasib baik bag naik 4x4..kalau tak..tak tahu nak khobar..huhuhu. .




Perjalanan ke jeti saya anggarkan lebih kurang 800 meter kot..sambil-sambil tu saya sempat menikmati keindahan rumah-rumah kampung yang dikelilingi pokok-pokok rambutan…wahhh, dah lama tak rasa pengalaman macam ni. Masa kecil-kecil dulu ada la…


Rakan-rakan yang lain juga saya melihat semuanya tidak menampakkan resah,ataupun susah hati. Mungkin mereka juga berperasaan macam saya..bercampur-baur. Setelah tiba di jeti kami diarah memakai ‘PFD’ untuk menaiki bot ke seberang. Rasanya itulah pertama kali saya memakai PFD. Saya tidak dapat gambarkan bagaimana perasaan saya pada waktu itu. Bot hanya boleh memuaatkan 8 atau 9 orang sahaja. Maklumlah keadaan bot yang kurang berkeadaan baik, jadi bot terpaksalah buat 2 trip untuk mengangkut penumpang.


Pada masa itu saya menjadi penumpang yang terawal jugak laa..kononnya nak jadi fotographer la katakan...huhuhu. Jarak dari jeti ke jeti tak adalah jauh sangat. Lebik kurang 100 meter sahaja.Rupa-rupanya inilah tasik ‘chenderoh’..pada mata kasar boleh dikatakan cantik jugak la. Inilah jugak pengalaman pertama saya dating ke tasik sebegini. Subhahanallah…sungguh besar kekuasaan Allah..di situlah jugak terletak sebuah shalet ataupun tapak kawasan untuk berkhemah..setibanya di sana saya melihat sudah ada pelajar-pelajar dari UiTM Jengka yang telah tiba lebih awal 3 hari dari kami



Lebih kurang jam 3 petang kami semua berkumpul di tapak yang telah ditetapkan kapada kami untuk mendirikan khema-khemah. Kami semua diberi taklimat ringkas tentang kawasan sekitar tapak perkhemahan. Selepas taklimat ringkas tersebut, kami berbincang tentang pembahagian tugas. Nak tahu apa tugasan saya…?Kita nantikan sambungannya..jeng jeng jeng….hehehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

SNORKELING...




Apakah itu snorkeling?so hari ini saya cuba nak share sikit tentang snorkeling. Snorkeling (selam permukaan) atau selam dangkal (skin diving) adalah kegiatan berenang atau menyelam dengan mengenakan peralatan seperti masker selam dan snorkel. Selain itu, penyelam biasanya mengenakan alat bantu gerak berupa kaki katak (sirip selam) untuk menambah daya dorong pada kaki.

Snorkel adalah peralatan selam berbentuk huruf J dengan pelindung mulut di bahagian hujung sebelah bawah. Alat ini berfungsi sebagai alur udara masuk ketika bernafas dengan mulut tanpa tidak perlu mengangkat muka dari permukaan air. Pemandangan bawah air boleh dilihat sambil berenang dengan muka menghadap ke permukaan air dan bernapas melalui snorkel. Penyelam bisa mengambil napas dalam-dalam sebelum menyelam ke bawah air. Penyelam scuba menggunakan snorkel untuk menyedut udara di dalam tabung sewaktu berenang di permukaan air.

Aktiviti snorkeling biasa dilakukan kebanyakkan orang yang menggemari aktiviti tersebut. Penyelam yang tidak biasa berenang atau tidak biasa mengapung boleh mengenakan baju pelampung. Ketika menyelam di air bersuhu rendah, penyelam memakai baju selam untuk menjaga tubuh badan dari kesejukan. Selain itu, baju selam merupakan pelindung tubuh badan dari terluka akibat terumbu karang atau sengatan obor-obor.

Selain menguasai cara bernafas dengan mulut melalui snorkel, kegiatan snorkeling tidak memerlukan pendidikan khusus. Kepada yang belum pernah melakukan snorkeling boleh mempelajari dalam waktu yang singkat dari juru selam. Cara mengenakan ataupun memakai masker, snorkel, dan kaki katak boleh dipelajari dari juru selam, toko selam, atau tempat penyewaan alat selam di pinggir pantai. Walaupun sedemikian, seperti hal ini selam scuba, kegiatan snorkeling tidak untuk dilakukan seorang diri, melainkan bersama teman atau secara berkelompok.

Snorkeling adalah kegiatan rekreasi air yang populer, terutama di resort pantai yang terdapat di negara kita. Penyelam boleh mengamati atau merasai pelbagai flora dan fauna dalam laut, seperti: terumbu karang, ikan, kerang, bintang laut, rumput laut, ubur-ubur, udang, dan penyu. Selain itu, snorkeling juga dilakukan orang di danau air tawar atau sungai. Jadi, kepada sesiapa yang belum atau mencuba pengalaman baru seperti snorkeling ini boleh la mengunjungi pantai-pantai yang terdapat di Malaysia..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

SuRViVaL....


Apa dia survival? Mengikut kamus "Oxford" survival ialah "the state of continuing to live or exist". Ataupun mengikut sesetengah buku memberikan maksud survival ialah "the art of remaining alive and escaping from a hostile environment, without full facilities". Saya berikan dua situasi disini :

Situasi pertama, seorang pendaki mendaki gunung dengan berbekalkan khemah khas untuk tanah tinggi, beg tidur yang baik, mempunyai dapur gas serta bekalan makanan yang banyak. Pendaki ini dapat menikmati keindahan panorama dengan kelengkapan yang mencukupi tanpa mengalami sebarang masalah.
Situasi kedua, seorang pendaki gunung yang terlatih cuba mendaki sebuah gunung dengan matlamat dapat sampai kepuncak dalam masa yang ditentukan. Oleh yang demikian pendaki gunung itu hanya membawa makanan seminima yang mungkin, pakaian, peralatan dan khemah yang dipilih adalah ringan dan mudah, namun pendaki ini masih dapat tidur selesa diwaktu malam serta dapat mencatu makanannya dengan baik.
Pada pendapat anda situasi yang manakah menunjukkan pendaki itu mempraktikkan teknik survival? Jawapannya ialah tidak seorang pendaki pun yang mempraktikkannya. Kerana situasi pertama menunjukkan pendaki itu hanya melakukan perkhemahan tanah tinggi biasa manakala situasi kedua, pendaki itu hanya menjalankan perkhemahan "lightweight camping" kerana semuanya telah dirancang dan dikaji dengan rapi sebelum pendaki itu mendaki berdasarkan pengalamannya. Dalam contoh kedua-dua pendaki ini, mereka telah bersedia dengan peralatan yang lengkap mengikut bentuk aktiviti yang telah mereka pilih dan rancang. Kita boleh andaikan bahawa mereka telah dilatih mempraktikkan teknik yang
mereka tahu mungkin sudah untuk beberapa tahun lamanya.
Oleh yang demikian keadaan yang boleh dianggap sukar dan asing sudah menjadi kebiasaan kepada mereka malahan mereka menyukainya. Keadaan yang selalunya menyebabkan seseorang itu memerlukan teknik survival ialah apabila seseorang itu berhadapan dengan sesuatu masalah yang tidak dijangka akan berlaku dan apa akan seterusnya berlaku. Anda tidak boleh mengelakkan daripada perkara-perkara sebegini berlaku keatas diri anda. Kebanyakkan orang hanya menyangkakan teknik ini hanya diperlukan oleh pengembara ataupun peneroka hutan. Tetapi anda harus ingat, sesekali anda meninggalkan keselesaan anda di rumah, mungkin anda akan berhadapan dengan situasi yang mendesak anda untuk mempertahankan diri dan nyawa anda.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments


PENGENALAN ORIENTEERING
Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu.

Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara mencari harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri.

Terdapat empat kaedah orienteering dijalankan mengikut ketetapan Persekutuan Orienteering Antarabangsa (IOF) iaitu Foot-O, MB-O, Ski-O dan Trail-O. Di negara ini, hanya kaedah Foot-O.

yang mudah untuk dilakukan, antaranya adalah :-
a. Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering)
b. Orienteering Bermarkah (Score Orienteering)
c. Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)
d. Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)
e. Orienteering Malam (Night Orienteering)
f. Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering)
g. Norwegian Event

Walaupun sedikit harap-harap dapat berkongsi serba sedikit tentang orientering. Nanti ada maklumat lagi saya akan kongsikan lagi ok...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

TENTANG KAYAK...


Dah terlanjur saya bercerita tentang 'Kayak' dari penulisan sebelum ini, jadi rasanya ingin berkongsi serba sedikit tentang sejarah kayak.

Kayak ialah bot didayung oleh manusia. Ia dicipta oleh penduduk asal kawasan Artik di Amerika Utara dan Greenland biasanya dikenali sebagai Inuit atau Eskimo. Perkataan "kayak" asalnya bererti "bot manusia/lelaki". Pembinaan asalnya merupakan rangka kayu diselitupi dengan kulit haiwan seperti kulit anjing laut. Kayak asal ini digunakan untuk memburu dilautan lepas Lautan Artik.

Kayak biasanya dikemudikan dengan menggunakan pendayung dua belah. Pengguna kayak atau pendayung duduk dalam kayak dengak kaki mereka kehadapan. Bahagian atas kayak ditutup dengan geladak. Pengayuh duduk dalam lubang di kokpit yang boleh ditutup dengan skirt limpahan (atau spraydeck). Ini menjadikan bahawa, sekiranya kayak terbalik, kayak tidak akan dipenuhi air, dan pendayung boleh menegakkan kayak kembali tanpa dipenuhi air. Pergerakan ini dikenali sebagai gulingan Eskimo Eskimo Roll.

Pada zaman moden, kayak telah dimajukan lebih lanjut menjadi beberapa jenis termasuk : berkayak di air putih whitewater kayaking, bot bermain playboats, surfing, kayak laut, perlumbaan air tenang, berkanoe Slalom, polo kanoe dan riadah. Jenis-jenis ini boleh dipecahkan lagi. Kayak moden diperbuat daripada plastik, fiberglass, kevlar, Serat karbon, kanvas atau kayu. Terdapat model untuk seorang atau dua orang. Kini terdapat bot duduk di atas yang dimajukan, juga dipanggil kayak dan dikendalikan dengan pendayung dua belah.

Semoga perkongsian tersebut dapat menolong pembaca-pembaca mempunyai pengetahuan serba sedikit tentang kayak...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

BERKAYAK...

selepas bangun pagi, gosok gig, mandi-mandi, pakai baju..kami teruskan aktiviti kami yang sedang menunngu kami iaitu berkayak..ataupun kayakking. Wahh..rasa seronok pun ada sebab ini jugak sebenarnya pengalaman pertama saya akan berkayak.

Semalam petang kami ada diberi taklimat sedikit ataupun lebih sesuai brieffing sedikit tentang selok-belok kayak dan juga nama-nama yang perlu diingat tentang bahagian-bahagian yang terdapat pada kayak. Tetapi hari ini ianya lebih 'detail' ataupun mendalam yang diterangkan oleh pensyarah kami sendiri iaitu en. Hisyam. Selama ini saya hanya melihat di kaca televisyen ataupun di tasik-tasik, tetapi hari ini saya lebih mengenal sifat-sifat kayak, jenis-jenis kayang dengan lebih mendalam. dan yang lebih penting pada hari ini saya sendiri yang akan mengendalikan kayak tersebut bersama pasangan saya iaitu dikenali diantara kami sebagai jejaka Agogo, (ahmad suffian)..hehehe.

Kami dikhabarkan yang kayak tersebut akan kami terbalikkan sendiri bersama pasangan masing0-masing di tengah-tengah tasik nanti.wow..macam mana tu..berdeba-debar pun ada.Setelah selesai taklimat hampir 40 minit macam tu.. kami diarah bersiap-sedia untuk berlabuh..waaa...hehehepada hakikatnya saya sendiri rasa bersemangat dan sedia menyahut cabaran berkayak ini.sebenarnya dah lama dah teringin nak naik kayak..tapi..almaklum la..tak berkesempatan..jadi pada hari ini saya tidak akan mensia-siakannya.Pada mulanya saya dan pasangan saya berlabuh dengan begitu cemerlang sekali, mengikut segala teknik ataupun teori yang telah diajar. walaupun pertama kali tapi boleh dibanggakan jugak la..huhuhu..saya dapat melihat keindahan bila kita berada dekat dengan paras air..sangat menakjubkan..dengan ada bahagian tasik yang ditutupi pokok teratai. cukup menarik. Bak kata en. Hisyam tasik yang kami lalui adalah sambungan daripada sungai Perak.So, maknanya tasik tersebut besar gitu. Kedalamannya ada sesetengah bahagian mencecah sehingga 30-40 meter dalamnya..gerun jugak bila memikirkan..

Ini satu pengalaman yang amat indah saya rasa. Satu pengalaman yang baru juga dalam hidup saya.Jadi kepada sesiapa yang ingin berkayak ataupun tak pernah berkayak sila la cari tasik yang ada kayak berhampiran.Ianya tidak cukup untuk digambarkan dengan kata-kata..dan ada satu lagi aktiviti yang boleh dikatakan agak gerun jugak yang saya dan rakan-rakan saya lakukan semasa berkayak..memang hardcore...huhuhu..dan apa yang berlaku semasa menjalankan aktiviti gerun tersebut..nantikan the next episode k...hehehe..tungguuuuuu....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Feeling....

Pada mulanya apabila diberitakan student rekreasi part 3 akan adanya aktiviti camping perasaan bercampur baur. Walaupun ini bukannya pertama kali sertai camping tapi aku dapat rasakan seolah-olah kali ini lagi mencabar..lain daripada yang lain gitu..

Gementar, gelisah, gembira pun ada jugak. Pertamanya mungkin sebab banyak kerja-kerja yang masih tak diselesaikan. Mungkin jugak sebab pertama kalinya meninggalkan isteri dan anak yang tercinta dalam 3 hari gitu. Selamat tinggal isteriku..kanda pergi hanya seketika sahaja...

Perasaan tersebut paling terasa sekali apabila tibanya hari kemuncak. Dengar cerita ada aktiviti kayaking, water comfident, survival, jungle tracking..WOW...dasyat gitu. Paling aku suspend adalah survival..sebab aku tak pernah rasa pengalaman tu. Macam mana lah agaknya..

Aaahhh...hiraukan semua itu. Yang penting aku dapat laksanakan semua aktiviti dengan jayanya. Jangan biarkan hidup anda diselubungi Suspend...semoga apa yang aku dapat ini aku boelh manfaatkan dalam hidup aku...amin...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

BERMULANYA......



Pagi 18 julai, di mana hari pertama bermulanya aku dan rakan-rakan akan menjalani aktiviti rekreasi di chenderoh,perak. Perasaan bercampur baur,teruja ada,gembira ada,gementar pun ada…dengan suasana cuaca yang agak baik di mana aku sampai tepat 6.50a.m…di depan fakulti sains sukan. Aku adalah orang yang pertama sampai dulu.Hai…mana la kawan-kawan yang lain ni..janjinya pukul 7.00a.m.


Tak lama kemudian lebih kurang jam 7.15a.m. bas pun tiba.Tetapi kawan-kawan yang lain masih juga belum tiba. Pada masa tu hanya saya dan zul sahaja. Yang disangkakan bas UiTM tetapi bas sewaan khas oleh UiTM. Bertuah juga sebenarnya sebab keadaan ‘seat’ yang amat luas dan sungguh selesa ‘VIP Seat’ la katakan. Terasa macam balik kampung pulak.

Setelah hampeir setengah jam menunggu, rakan-rakan yang dinanti-nanti pun tiba tepat pada jam 7.26a.m…aku dan rakan-rakan mula memunggah barang-barang yang perlu dibawa masuk ke dalam bas. Alhamdullillah, segala kelengkapan dan alat-alat yang diperlukan semuanya mencukupi. Terima kasih kepada amir kerana banyak berusaha untuk mendapatkan barang yang perlu dibawa untuk melancarkan perjalanan aktiviti. Begitu juga kepada rakan-rakan yang lain.
Lebih kurang dalam pukul 8.00a.m kami semua mengambil tempat masing-masing untuk berlepas ke destinasi yang ingin ditujui. Dari kata pemandu bas tersebut perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam.

Inilah pemandu bas yang kami naiki. Sangat berkhemah, berdisiplin dan juga berdedikasi tambah pula dengan uniform yang dipakainya. Sepanjang perjalanan kami, aku rasa pemandu tersebut mengikut had laju yang telah ditetapkan sebab dia memandu dengan penuh berhati-hati. Aku tidur pun tak sedar bilanya sampai…huhuhu..


Disini aku selitkan sikit suasana dan keadaan semasa dalam perjalanan. Biasalah pagi Isnin. Ini dekat federal highway selepas tol batu tiga. Keadaan sangat sesak. Orang ramai berpusu-pusu menuju ke pejabat untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing.Lebih kurang setengah jam kami semua sangkut disini. Aku rasa en. Hisyam tak tahu keadaan ini..so kepada en. Hisyam sebab inilah kami lambat sikit hari tu…huhuhu…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Ramadhan Al-Mubarak


















Ahlan wahsahlan ya Ramadhan... Oh, Ramadhan datang lagi. Dah lama saya menunggu saat-saat untuk berpuasa dan menunaikan solat tarawih. Harap-harap Ramadhan tahun ini membawa keberkatan kepada kita semua. Di kesempatan ini saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua kawan-kawan, saudara mara, rakan sekerja, pensyarah-pensyarah UiTM, dan semua yang mengenali saya.

Sememangnya agak memenatkan pada siang hari dengan aktiviti yang padat, ataupun kerja yang bertimbun di pejabat. Tapi sebagai umat Islam, ketepikan semua itu! Kita harus banyak bersabar dan yakin bahawa apa yang kita lakukan adalah kerana Allah!

OK guys! Selamat menunaikan ibadah puasa ya! Puasa, jangan tak puasa!

Assalamualaikum!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Hari minggu di dalam kelas














Ini lah rakan seperjuangan yang sedang 100% concentrate dalam kelas. Ini second trial saya dalam mengupdatekan blog. Berjaya juga saya sign in setelah hampir seminggu mencuba. To Encik Syam, harap maaf bebanyak, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan ya... Lepas ni saya akan try update dari semasa ke semasa.

Kelas harini menarik juga subjectnya, walaupun confuse sikit. Maklumlah belajar benda baru kan. Lama kelamaan we all akan get used to it juga harap harapnya. Bak kata pepatah, practice makes perfect! Kan?

Harini tak banyak benda yang saya nak tulis sebab agak sibuk sikit bekerja. Akan saya update lagi blog ini ya next time.

Assalamualaikum!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Hari pertama di kelas rekreasi...haisshhhh...

Hari pertama kelas. Hari pertama saya ada blog sendiri. Ini pun atas tunjuk ajar daripada lecturer. Hari ini bermula segala2nya. Segala pengalaman dan perjalanan hidup akan saya coretkan kat sini.
Briefly about me; nama saya Syed Muhammad Danial bin Syed Abdul Halim. Lahir pada 1 Januari 1989. Saya sekarang sudahpun bekerja di TV3 sebagai Production Crew hampir 3 tahun. Saya sudah berkahwin dan ada seorang anak yang sangat comel. Kata orang, anak saya mirip wajah saya. Hmmm... kalau tak percaya, tengok la sendiri..












Ini gambar perkahwinan saya.. 6 Mac 2010, selamat di akad nikah di rumah isteri di Taman Melawati.















Ini pula gambar buah hati saya.. Comel kan? macam saya.. :)


Saya sekarang ni bekerja sambil belajar. Belajar di UiTM Shah Alam dalam dalam jurusan Diploma Sports Studies. Jurusan yang saya ambil ni agak menarik juga sebab banyak benda yang boleh saya belajar dan saya harap dapat relate kan dengan kerjaya saya. Sekarang ni saya berada dalam semester ke-3 ataupun Part 3, bak kata warga UiTM. saya harap saya dapat menamatkan diploma saya dengan jayanya.

Itulah sedikit sebanyak tentang diri saya. Nantikan post yang akan datang ya!

Assalamualaikum!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments