Showing posts with label rekreasi. Show all posts
Showing posts with label rekreasi. Show all posts

SNORKELING...




Apakah itu snorkeling?so hari ini saya cuba nak share sikit tentang snorkeling. Snorkeling (selam permukaan) atau selam dangkal (skin diving) adalah kegiatan berenang atau menyelam dengan mengenakan peralatan seperti masker selam dan snorkel. Selain itu, penyelam biasanya mengenakan alat bantu gerak berupa kaki katak (sirip selam) untuk menambah daya dorong pada kaki.

Snorkel adalah peralatan selam berbentuk huruf J dengan pelindung mulut di bahagian hujung sebelah bawah. Alat ini berfungsi sebagai alur udara masuk ketika bernafas dengan mulut tanpa tidak perlu mengangkat muka dari permukaan air. Pemandangan bawah air boleh dilihat sambil berenang dengan muka menghadap ke permukaan air dan bernapas melalui snorkel. Penyelam bisa mengambil napas dalam-dalam sebelum menyelam ke bawah air. Penyelam scuba menggunakan snorkel untuk menyedut udara di dalam tabung sewaktu berenang di permukaan air.

Aktiviti snorkeling biasa dilakukan kebanyakkan orang yang menggemari aktiviti tersebut. Penyelam yang tidak biasa berenang atau tidak biasa mengapung boleh mengenakan baju pelampung. Ketika menyelam di air bersuhu rendah, penyelam memakai baju selam untuk menjaga tubuh badan dari kesejukan. Selain itu, baju selam merupakan pelindung tubuh badan dari terluka akibat terumbu karang atau sengatan obor-obor.

Selain menguasai cara bernafas dengan mulut melalui snorkel, kegiatan snorkeling tidak memerlukan pendidikan khusus. Kepada yang belum pernah melakukan snorkeling boleh mempelajari dalam waktu yang singkat dari juru selam. Cara mengenakan ataupun memakai masker, snorkel, dan kaki katak boleh dipelajari dari juru selam, toko selam, atau tempat penyewaan alat selam di pinggir pantai. Walaupun sedemikian, seperti hal ini selam scuba, kegiatan snorkeling tidak untuk dilakukan seorang diri, melainkan bersama teman atau secara berkelompok.

Snorkeling adalah kegiatan rekreasi air yang populer, terutama di resort pantai yang terdapat di negara kita. Penyelam boleh mengamati atau merasai pelbagai flora dan fauna dalam laut, seperti: terumbu karang, ikan, kerang, bintang laut, rumput laut, ubur-ubur, udang, dan penyu. Selain itu, snorkeling juga dilakukan orang di danau air tawar atau sungai. Jadi, kepada sesiapa yang belum atau mencuba pengalaman baru seperti snorkeling ini boleh la mengunjungi pantai-pantai yang terdapat di Malaysia..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

SuRViVaL....


Apa dia survival? Mengikut kamus "Oxford" survival ialah "the state of continuing to live or exist". Ataupun mengikut sesetengah buku memberikan maksud survival ialah "the art of remaining alive and escaping from a hostile environment, without full facilities". Saya berikan dua situasi disini :

Situasi pertama, seorang pendaki mendaki gunung dengan berbekalkan khemah khas untuk tanah tinggi, beg tidur yang baik, mempunyai dapur gas serta bekalan makanan yang banyak. Pendaki ini dapat menikmati keindahan panorama dengan kelengkapan yang mencukupi tanpa mengalami sebarang masalah.
Situasi kedua, seorang pendaki gunung yang terlatih cuba mendaki sebuah gunung dengan matlamat dapat sampai kepuncak dalam masa yang ditentukan. Oleh yang demikian pendaki gunung itu hanya membawa makanan seminima yang mungkin, pakaian, peralatan dan khemah yang dipilih adalah ringan dan mudah, namun pendaki ini masih dapat tidur selesa diwaktu malam serta dapat mencatu makanannya dengan baik.
Pada pendapat anda situasi yang manakah menunjukkan pendaki itu mempraktikkan teknik survival? Jawapannya ialah tidak seorang pendaki pun yang mempraktikkannya. Kerana situasi pertama menunjukkan pendaki itu hanya melakukan perkhemahan tanah tinggi biasa manakala situasi kedua, pendaki itu hanya menjalankan perkhemahan "lightweight camping" kerana semuanya telah dirancang dan dikaji dengan rapi sebelum pendaki itu mendaki berdasarkan pengalamannya. Dalam contoh kedua-dua pendaki ini, mereka telah bersedia dengan peralatan yang lengkap mengikut bentuk aktiviti yang telah mereka pilih dan rancang. Kita boleh andaikan bahawa mereka telah dilatih mempraktikkan teknik yang
mereka tahu mungkin sudah untuk beberapa tahun lamanya.
Oleh yang demikian keadaan yang boleh dianggap sukar dan asing sudah menjadi kebiasaan kepada mereka malahan mereka menyukainya. Keadaan yang selalunya menyebabkan seseorang itu memerlukan teknik survival ialah apabila seseorang itu berhadapan dengan sesuatu masalah yang tidak dijangka akan berlaku dan apa akan seterusnya berlaku. Anda tidak boleh mengelakkan daripada perkara-perkara sebegini berlaku keatas diri anda. Kebanyakkan orang hanya menyangkakan teknik ini hanya diperlukan oleh pengembara ataupun peneroka hutan. Tetapi anda harus ingat, sesekali anda meninggalkan keselesaan anda di rumah, mungkin anda akan berhadapan dengan situasi yang mendesak anda untuk mempertahankan diri dan nyawa anda.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments


PENGENALAN ORIENTEERING
Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu.

Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara mencari harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri.

Terdapat empat kaedah orienteering dijalankan mengikut ketetapan Persekutuan Orienteering Antarabangsa (IOF) iaitu Foot-O, MB-O, Ski-O dan Trail-O. Di negara ini, hanya kaedah Foot-O.

yang mudah untuk dilakukan, antaranya adalah :-
a. Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering)
b. Orienteering Bermarkah (Score Orienteering)
c. Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)
d. Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)
e. Orienteering Malam (Night Orienteering)
f. Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering)
g. Norwegian Event

Walaupun sedikit harap-harap dapat berkongsi serba sedikit tentang orientering. Nanti ada maklumat lagi saya akan kongsikan lagi ok...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

TENTANG KAYAK...


Dah terlanjur saya bercerita tentang 'Kayak' dari penulisan sebelum ini, jadi rasanya ingin berkongsi serba sedikit tentang sejarah kayak.

Kayak ialah bot didayung oleh manusia. Ia dicipta oleh penduduk asal kawasan Artik di Amerika Utara dan Greenland biasanya dikenali sebagai Inuit atau Eskimo. Perkataan "kayak" asalnya bererti "bot manusia/lelaki". Pembinaan asalnya merupakan rangka kayu diselitupi dengan kulit haiwan seperti kulit anjing laut. Kayak asal ini digunakan untuk memburu dilautan lepas Lautan Artik.

Kayak biasanya dikemudikan dengan menggunakan pendayung dua belah. Pengguna kayak atau pendayung duduk dalam kayak dengak kaki mereka kehadapan. Bahagian atas kayak ditutup dengan geladak. Pengayuh duduk dalam lubang di kokpit yang boleh ditutup dengan skirt limpahan (atau spraydeck). Ini menjadikan bahawa, sekiranya kayak terbalik, kayak tidak akan dipenuhi air, dan pendayung boleh menegakkan kayak kembali tanpa dipenuhi air. Pergerakan ini dikenali sebagai gulingan Eskimo Eskimo Roll.

Pada zaman moden, kayak telah dimajukan lebih lanjut menjadi beberapa jenis termasuk : berkayak di air putih whitewater kayaking, bot bermain playboats, surfing, kayak laut, perlumbaan air tenang, berkanoe Slalom, polo kanoe dan riadah. Jenis-jenis ini boleh dipecahkan lagi. Kayak moden diperbuat daripada plastik, fiberglass, kevlar, Serat karbon, kanvas atau kayu. Terdapat model untuk seorang atau dua orang. Kini terdapat bot duduk di atas yang dimajukan, juga dipanggil kayak dan dikendalikan dengan pendayung dua belah.

Semoga perkongsian tersebut dapat menolong pembaca-pembaca mempunyai pengetahuan serba sedikit tentang kayak...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

BERKAYAK...

selepas bangun pagi, gosok gig, mandi-mandi, pakai baju..kami teruskan aktiviti kami yang sedang menunngu kami iaitu berkayak..ataupun kayakking. Wahh..rasa seronok pun ada sebab ini jugak sebenarnya pengalaman pertama saya akan berkayak.

Semalam petang kami ada diberi taklimat sedikit ataupun lebih sesuai brieffing sedikit tentang selok-belok kayak dan juga nama-nama yang perlu diingat tentang bahagian-bahagian yang terdapat pada kayak. Tetapi hari ini ianya lebih 'detail' ataupun mendalam yang diterangkan oleh pensyarah kami sendiri iaitu en. Hisyam. Selama ini saya hanya melihat di kaca televisyen ataupun di tasik-tasik, tetapi hari ini saya lebih mengenal sifat-sifat kayak, jenis-jenis kayang dengan lebih mendalam. dan yang lebih penting pada hari ini saya sendiri yang akan mengendalikan kayak tersebut bersama pasangan saya iaitu dikenali diantara kami sebagai jejaka Agogo, (ahmad suffian)..hehehe.

Kami dikhabarkan yang kayak tersebut akan kami terbalikkan sendiri bersama pasangan masing0-masing di tengah-tengah tasik nanti.wow..macam mana tu..berdeba-debar pun ada.Setelah selesai taklimat hampir 40 minit macam tu.. kami diarah bersiap-sedia untuk berlabuh..waaa...hehehepada hakikatnya saya sendiri rasa bersemangat dan sedia menyahut cabaran berkayak ini.sebenarnya dah lama dah teringin nak naik kayak..tapi..almaklum la..tak berkesempatan..jadi pada hari ini saya tidak akan mensia-siakannya.Pada mulanya saya dan pasangan saya berlabuh dengan begitu cemerlang sekali, mengikut segala teknik ataupun teori yang telah diajar. walaupun pertama kali tapi boleh dibanggakan jugak la..huhuhu..saya dapat melihat keindahan bila kita berada dekat dengan paras air..sangat menakjubkan..dengan ada bahagian tasik yang ditutupi pokok teratai. cukup menarik. Bak kata en. Hisyam tasik yang kami lalui adalah sambungan daripada sungai Perak.So, maknanya tasik tersebut besar gitu. Kedalamannya ada sesetengah bahagian mencecah sehingga 30-40 meter dalamnya..gerun jugak bila memikirkan..

Ini satu pengalaman yang amat indah saya rasa. Satu pengalaman yang baru juga dalam hidup saya.Jadi kepada sesiapa yang ingin berkayak ataupun tak pernah berkayak sila la cari tasik yang ada kayak berhampiran.Ianya tidak cukup untuk digambarkan dengan kata-kata..dan ada satu lagi aktiviti yang boleh dikatakan agak gerun jugak yang saya dan rakan-rakan saya lakukan semasa berkayak..memang hardcore...huhuhu..dan apa yang berlaku semasa menjalankan aktiviti gerun tersebut..nantikan the next episode k...hehehe..tungguuuuuu....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Feeling....

Pada mulanya apabila diberitakan student rekreasi part 3 akan adanya aktiviti camping perasaan bercampur baur. Walaupun ini bukannya pertama kali sertai camping tapi aku dapat rasakan seolah-olah kali ini lagi mencabar..lain daripada yang lain gitu..

Gementar, gelisah, gembira pun ada jugak. Pertamanya mungkin sebab banyak kerja-kerja yang masih tak diselesaikan. Mungkin jugak sebab pertama kalinya meninggalkan isteri dan anak yang tercinta dalam 3 hari gitu. Selamat tinggal isteriku..kanda pergi hanya seketika sahaja...

Perasaan tersebut paling terasa sekali apabila tibanya hari kemuncak. Dengar cerita ada aktiviti kayaking, water comfident, survival, jungle tracking..WOW...dasyat gitu. Paling aku suspend adalah survival..sebab aku tak pernah rasa pengalaman tu. Macam mana lah agaknya..

Aaahhh...hiraukan semua itu. Yang penting aku dapat laksanakan semua aktiviti dengan jayanya. Jangan biarkan hidup anda diselubungi Suspend...semoga apa yang aku dapat ini aku boelh manfaatkan dalam hidup aku...amin...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments