Feeling....

Pada mulanya apabila diberitakan student rekreasi part 3 akan adanya aktiviti camping perasaan bercampur baur. Walaupun ini bukannya pertama kali sertai camping tapi aku dapat rasakan seolah-olah kali ini lagi mencabar..lain daripada yang lain gitu..

Gementar, gelisah, gembira pun ada jugak. Pertamanya mungkin sebab banyak kerja-kerja yang masih tak diselesaikan. Mungkin jugak sebab pertama kalinya meninggalkan isteri dan anak yang tercinta dalam 3 hari gitu. Selamat tinggal isteriku..kanda pergi hanya seketika sahaja...

Perasaan tersebut paling terasa sekali apabila tibanya hari kemuncak. Dengar cerita ada aktiviti kayaking, water comfident, survival, jungle tracking..WOW...dasyat gitu. Paling aku suspend adalah survival..sebab aku tak pernah rasa pengalaman tu. Macam mana lah agaknya..

Aaahhh...hiraukan semua itu. Yang penting aku dapat laksanakan semua aktiviti dengan jayanya. Jangan biarkan hidup anda diselubungi Suspend...semoga apa yang aku dapat ini aku boelh manfaatkan dalam hidup aku...amin...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

BERMULANYA......



Pagi 18 julai, di mana hari pertama bermulanya aku dan rakan-rakan akan menjalani aktiviti rekreasi di chenderoh,perak. Perasaan bercampur baur,teruja ada,gembira ada,gementar pun ada…dengan suasana cuaca yang agak baik di mana aku sampai tepat 6.50a.m…di depan fakulti sains sukan. Aku adalah orang yang pertama sampai dulu.Hai…mana la kawan-kawan yang lain ni..janjinya pukul 7.00a.m.


Tak lama kemudian lebih kurang jam 7.15a.m. bas pun tiba.Tetapi kawan-kawan yang lain masih juga belum tiba. Pada masa tu hanya saya dan zul sahaja. Yang disangkakan bas UiTM tetapi bas sewaan khas oleh UiTM. Bertuah juga sebenarnya sebab keadaan ‘seat’ yang amat luas dan sungguh selesa ‘VIP Seat’ la katakan. Terasa macam balik kampung pulak.

Setelah hampeir setengah jam menunggu, rakan-rakan yang dinanti-nanti pun tiba tepat pada jam 7.26a.m…aku dan rakan-rakan mula memunggah barang-barang yang perlu dibawa masuk ke dalam bas. Alhamdullillah, segala kelengkapan dan alat-alat yang diperlukan semuanya mencukupi. Terima kasih kepada amir kerana banyak berusaha untuk mendapatkan barang yang perlu dibawa untuk melancarkan perjalanan aktiviti. Begitu juga kepada rakan-rakan yang lain.
Lebih kurang dalam pukul 8.00a.m kami semua mengambil tempat masing-masing untuk berlepas ke destinasi yang ingin ditujui. Dari kata pemandu bas tersebut perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam.

Inilah pemandu bas yang kami naiki. Sangat berkhemah, berdisiplin dan juga berdedikasi tambah pula dengan uniform yang dipakainya. Sepanjang perjalanan kami, aku rasa pemandu tersebut mengikut had laju yang telah ditetapkan sebab dia memandu dengan penuh berhati-hati. Aku tidur pun tak sedar bilanya sampai…huhuhu..


Disini aku selitkan sikit suasana dan keadaan semasa dalam perjalanan. Biasalah pagi Isnin. Ini dekat federal highway selepas tol batu tiga. Keadaan sangat sesak. Orang ramai berpusu-pusu menuju ke pejabat untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing.Lebih kurang setengah jam kami semua sangkut disini. Aku rasa en. Hisyam tak tahu keadaan ini..so kepada en. Hisyam sebab inilah kami lambat sikit hari tu…huhuhu…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Ramadhan Al-Mubarak


















Ahlan wahsahlan ya Ramadhan... Oh, Ramadhan datang lagi. Dah lama saya menunggu saat-saat untuk berpuasa dan menunaikan solat tarawih. Harap-harap Ramadhan tahun ini membawa keberkatan kepada kita semua. Di kesempatan ini saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua kawan-kawan, saudara mara, rakan sekerja, pensyarah-pensyarah UiTM, dan semua yang mengenali saya.

Sememangnya agak memenatkan pada siang hari dengan aktiviti yang padat, ataupun kerja yang bertimbun di pejabat. Tapi sebagai umat Islam, ketepikan semua itu! Kita harus banyak bersabar dan yakin bahawa apa yang kita lakukan adalah kerana Allah!

OK guys! Selamat menunaikan ibadah puasa ya! Puasa, jangan tak puasa!

Assalamualaikum!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments